Sejarah Pembuatan Mayonis Mayones

Kedai makanan segar (delicattesen) Richard Hellmann di New York merupakan kedai pertama yang menjual mayonis dalam toples pada tahun 1905. Mayonis buatan Puan Hellmann dipasarkan secara besar-besaran pada tahun 1912 dengan jenama Hellmann's Blue Ribbon Mayonnaise.

Pada saat itu, Best Foods mulai menjual mayonis di pantai barat Amerika sebagai saingan Hellmann's Mayonnaise yang berjaya di pantai timur. Best Foods membeli jenama Hellman pada tahun 1932 dan kedua-dua jenama itu tetap menguasai pasaran mayonis di pantai barat dan pantai timur Amerika Syarikat hingga sekarang.

Di bahagian tenggara Amerika Syarikat, Puan Eugenia Duke dari Greenville, South Carolina pada tahun 1917 mendirikan sebuah syarikat bernama Duke's Product Company yang menjual sandwic. Mayonis buatan Puan Eugenia Duke menjadi sangat terkenal. Kemudiannya, Mayonis Puan Eugenia Duke dibeli oleh syarikat C.F. Sauer pada tahun 1929. Sampai sekarang Duke's Mayonnaise tetap merupakan mayonis temapatan yang tidak dijual di wilayah lain di Amerika dan satu-satunya mayonis di Amerika Syarikat yang tidak mengandungi gula.

Mayones Jepun dibuat dari cuka beras dan mempunyai rasa yang berbeza dibandingkan dari mayonis barat yang dibuat dari cuka hasil penyulingan. Mayonis Jepun bukan dijual di dalam toples, melainkan dijual di dalam botol plastik lutsinar yang boleh dipicit. Mayonis merupakan salah satu perasa dalam masakan Jepun.Ajinomoto dan Kewpie adalah antara dua buah jenama mayonis yang menguasai pasaran dalam negera Jepun. Dalam bahasa Jepun, penggemar mayonis yang selalu menambahkan mayonis ke dalam semua makanan yang dimakan disebut mayora.